Wooden Spoon
Purple Onion

Kuih Siput

  • 10 minit
  • 10 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Kuih Siput
  • 1 sudu besar Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 500 g Tepung serbaguna
  • 150 g Mentega tanpa garam, dicairkan
  • 1 biji Telur
  • 150 ml Santan lemak rendahMinyak untuk menggoreng
  • 8- 10 - 10tangkai Daun kari
  • 3 sudu besar Udang kering
  • 4 ulas Bawang putih
  • 2 biji Bawang merah
  • 1 sudu besar Serbuk kari
  • 2 sudu besar Serbuk ketumbar
  • 1½ sudu besar Serbuk jintan manis
  • 4 tangkai Daun kari, digoreng
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Campurkan tepung serbaguna dan Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dengan mentega yang dicairkan.

  2. Masukkan pes rempah yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati. Kemudian, tambah telur dan santan dan uli sehingga menjadi doh lembut.

  3. Seterusnya, cubit sedikit doh untuk membentuk bebola sebesar 1cm dan gelekkan bebola doh pada acuan kuih siput. Ulangi langkah sehingga semua doh habis digunakan.

  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng doh kuih siput bersama daun kari secara bergiliran sehingga berwarna kuning keemasan.

  5. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, biar sejuk sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.