Laksam
- 1 adunan menghasilkan
- 2 cawan
- ½ cawan
- 6 gulung laksam
- Tepung beras
- Air
- ½ kg Ikan kembung - rebus dengan 2 keping asam keping dan 1 sudu besar garam
- 1 kotak (200 ml) Santan
- ½ sudu besar Lada hitam ditumbuk kasar
- 2 keping Asam keping
- 1 kiub Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
- 1 sudu besar gula
- ½ sudu besar Garam
- 800 ml Air - ikut kepekatan kuah
- 5 biji Bawang merah
- ½ inci Halia rebus
- Cili kering direbus
- 1 /s sudu kecil garam
- Kubis
- Kacang panjang
- Timun
- Bunga kantan
Langkah-langkah
-
Kuih Laksam: Satukan tepung dan air dan kacau dengan whisk. Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Jika suka, boleh tapis bagi memastikan tiada tepung yang berketul.
-
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Masukkan tudung periuk atau pinggan plastik tahan panas yang telah dilenser minyak, ke dalam periuk pengukus.
-
Kacau adunan supaya tidak mendap. Tuang 2 senduk adunan ke atas tudung periuk. Tutup pengukus dan biarkan dalam 3-4 minit sehingga ianya kelihatan sedikit menggelembung. Jangan sehingga menggelembung banyak kerana ianya akan melekat. Laksam tidak boleh terlalu tebal kerana akan pecah semasa digulung.
-
Angkat dan dengan menggunakan garfu, cungkil sedikit dan gulung laksam sambil ditolak tolak sehingga bergulung dan akhirnya tolak ke dalam bekas tanpa perlu menyentuh dengan tangan.
-
Setelah sejuk, boleh dipotong atau digunting kuih laksam. Hidangkan dengan kuah laksam, ulam ulaman dan sambal. Nota: Lenser minyak untuk kali pertama sahaja. Untuk seterusnya, tak perlu lagi lenser minyak. Ulang dan buat sehingga habis.
-
Kuah Laksam: Diasingkan tulang dan isi. Kisar isi ikan dengan santan. Tuang ke dalam periuk.
-
Tulang dan kepala ikan dikisar bersama air dan ditapis untuk mengambil airnya.
-
Tuangkan bahan kisar, asam keping dan air secukupnya. Kacau rata.
-
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul. Masukkan kiub pati ikan bilis Knorr, lada hitam, garam dan gula.
-
Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api. Selepas tutup api, terus dikacau beberapa minit. Nota: Jika kuah kelihatan pekat, tambah air panas.
-
Sambal: Rebus terdahulu cili kering.
-
Tumbuk cili dan garam sehingga hancur. Nota: Perlu lebihkan garam.