Wooden Spoon
Purple Onion

Lempeng Kelapa dan Mentega Kacang

  • 15 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Lempeng Kelapa dan Mentega Kacang
  • 60 g Lady's Choice Mentega Kacang Halus
  • 150 g Tepung serbaguna
  • ½ sudu teh Garam
  • 60 g Gula aising, diayak
  • 4 biji Telur, dipukul sedikit
  • 60 g Mentega tanpa garam, dicairkan
  • 60 ml Santan
  • 140 ml AirMinyak untuk disapu pada kuali
  • 8 sudu besar Lady's Choice Mentega Kacang Kasar
  • 100 g Parutan kelapa segar
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Di dalam satu mangkuk, tuang masuk santan, air, telur, mentega dan garam, kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung, gula aising dan Lady’s Choice Mentega Kacang Halus sedikit demi sedikit. Kacau sehingga membentuk adunan yang halus.

  2. Sapukan sedikit minyak pada kuali tidak melekat dan panaskan kepada suhu sederhana tinggi. Sudukan sedikit adunan ke dalam kuali dan sapu dengan rata pada seluruh permukaan kuali.

  3. Kemudian, masak dengan api rendah untuk 20 saat dan taburkan kelapa parut dan 1 sudu besar Lady’s Choice Mentega Kacang Kasar secara rawak pada seluruh permukaan lempeng. Tutup dengan penutup kuali selama 10-15 saat.

  4. Akhirnya, buka penutup dan lipat lempeng menjadi separuh dan lipat sekali lagi menjadi bentuk segitiga. Hidangkan panas.