Wooden Spoon
Purple Onion

Lunch Box Telur Dinosaur

  • 40 minit
  • 2 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Lunch Box Telur Dinosaur
Resipi Lunch Box yang comel, seimbang dan berkhasiat. Anak-anak mesti tak sabar tunggu waktu makan.
  • 2 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 2 biji telur rebus
  • ½ inci kunyit hidup
  • 4 keping roti putih
  • 2 keping keju cheddar
  • 2 keping ham ayam
  • 2 batang asparagus, dipotong jalur 2 inci (jika suka)
  • ½ peket shimeji cendawan
  • ½ batang lobak merah, dipotong jalur 2 inci
  • ½ batang timun Jepun, dipotong jalur 2 inci
  • ½ sudu besar minyak masak
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Potong kerak dari roti dan sapu rata dengan Mayonis Sebenar Lady’s Choice.

  2. Untuk memyediakan telur dinosaur, sapu sedikit kunyit hidup dan buat titik berwarna kuning atas telur rebus dengan berus.

  3. Untuk menyediakan sandwich ham ayam keju, letakkan sekeping keju dan ham ayam di atas roti. Tutup dengan sekeping roti dan potong kepada bentuk mengikut kesukaan dengan pemotong cookie.

  4. Untuk menyediakan hidangan sampingan, panaskan minyak di dalam kuali dan masak sayur-sayuran dan cendawan sehingga masak.

  5. Susunkan makanan ke dalam bekas makanan mengikut kesukaan.

Tips nutrisi

Roti gandum mengandungi lebih serat diet berbanding dengan roti putih. Pengambilan serat diet boleh membantu melegakan sembelit. Lengkapkan hidangan anda dengan meminum segalas susu segar / jus buah segar tanpa tambahan gula / teh kosong.