Wooden Spoon
Purple Onion

Mee Hailam

  • 30 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 1 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 sudu besar Cili kering kisar
  • (100gram) Ayam
  • 1 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos cili
  • 3 sudu besar Kicap manis
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • Air secukupnya
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 6 ekor udang
  • Lobak Merah
  • Brokoli
  • Bunga Kobis
  • 1 sudu kecil Tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Gula Secukup rasa
  • sawi
  • tomato
  • (200 gram) Mi Kuning
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Tumiskan bawang dan cili kisar.

  2. Masukkan ayam dan kacau sampai ayam separuh masak

  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap.

  4. Masukkan air secukupnya dan kiub ayam Knorr serta sedikit gula.

  5. Masukkan udang. Kacau sampai udang hampir masak.

  6. Masukkan sayuran yang keras. Tambah air jika perlu.

  7. Bila sayur dah lembut, masukkan mee dan sayuran yang lembut. Kacau rata.

Tips nutrisi

Udang mengandungi protein – nutrisi yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Brokoli mengandungi folat. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah. Sayur-sayuran yang berlainan warna mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.