Wooden Spoon
Purple Onion

Mee Ladna

  • 35 minit
  • 2 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 200 g mee kuning
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 50 gm udang
  • 50 gm sotong
  • 50 gm ayam bahagian dada
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 tangkai cili padi, diketuk
  • ½ batang karot
  • 30 gm sayur sawi
  • 50 gm bunga kobis
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 Kiub Ayam Knorr Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 150 ml air
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan sedikit minyak. Gaul rata mee bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.

  2. Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.

  3. Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot, bunga kobis dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi dan tomato.

  4. Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan Kiub Ayam Knorr, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.

  5. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas mee tadi.