Wooden Spoon
Purple Onion

Nasi Biryani Ayam Kurma

  • 30 minit
  • 6 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 600 g Ayam, dipotong kecil
  • 6 sudu besar Santan
  • 5 sudu besar Serbuk kari kurma
  • 100 g Ubi kentang
  • 40 g Lobak merah
  • 100 g Tomato ceri merah
  • 5 tangkai Daun ketumbar
  • 250 g Beras basmathi
  • 2 campur dengan 2 cawan air, Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 sudu teh Serbuk lada sulah Secubit garam
  • 60 g Bawang besar
  • 20 g Bawang putih
  • 15 g Halia
  • 2 batang Kayu manis
  • 4 biji Bunga lawang
  • 6 biji Buah pelaga
  • 2 biji Cili hijau
  • 4 helai Daun pandan
  • 6 sudu besar Minyak sapi
  • Bawang goreng, daun ketumbar, cili merah, kacang ganjus
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perap ayam dengan serbuk kari kurma dan santan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

  2. Panaskan ghee di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi. Masukkan beras basmathi dan goreng selama 1 minit. Kemudian, masukkan ayam dan goreng selama 1 minit lagi.

  3. Pindahkan campuran nasi ke dalam periuk nasi, tuangkan campuran Knorr Kiub Pati Ayam, sayur-sayuran, serbuk lada sulah dan garam. Kacau sehingga sebati dan masak mengikut arahan periuk nasi.

  4. Hias dan hidangkan panas.