

Resepi Nasi Goreng Ayam & Telur Masin Pedas

Hidangkan nasi goreng yang berlainan buat keluarga dengan resepi Nasi Goreng Ayam & Telur Masin Pedas ini yang lazat lagi menyelerakan!
- ¼ kiub dikisar + 2 sudu besar air panas Knorr Kiub Pati Ayam
- 3 sudu besar Minyak masak
- 15 g Bawang putih, dicincang
- 120 g Dada ayam, dihiris
- 60 g Lobak merah, didadu
- 50 g Kacang hijau
- 2 biji Telur masin, direbus dan dicincang
- 1 tangkai Daun kari
- 2 biji Cili padi, dihiris
- 3 mangkuk Nasi Putih
- 1 sudu teh Kicap cair (ikut kesukaan)
- ½ sudu teh Serbuk lada sulah
- Daun bawang dihiris untuk hiasan

Langkah-langkah
-
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam, lobak merah dan kacang hijau. Kacau sehingga sebati.
-
Masukkan telur masin, daun kari, cili padi dan goreng sehingga wangi. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
-
Tuangkan campuran Kiub Ayam Knorr dan kacau sehingga sebati. Perasakan dengan kicap cair dan serbuk lada sulah.
-
Hias dengan daun bawang dan hidangkan panas.
Tips nutrisi
Hidangan nasi goreng yang lazat ini dengan teh kosong. Teh kosong tanpa gula and susu adalah pilihan yang lebih sihat kerana ia tidak mengadungi kalori.