Wooden Spoon
Purple Onion

Nasi Minyak

  • 30 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 2 cawan (410 gram) Beras Basmathi
  • Air (secukupnya)
  • ¼ sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 3 sudu besar Minyak Sapi
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 3 ulas Buah pelaga
  • 1 ulas Bunga lawang
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 cawan / (250 ml) Susu cair
  • 1 sudu besar Jus Oren Sunquick
  • (20 gram) kismis
  • 2 tangkai Daun sup
  • Air (secukupnya)
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Cuci terlebih dahulu beras basmati dan rendam dalam 30 minit. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan dibiar rendam

  2. Panaskan minyak sapi, daun pandan, buah pelaga, bunga lawang dan kacau sampai naik bau.

  3. Kemudian masukkan bawang merah, bawang besar dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan keperangan.

  4. Toskan beras tadi dan masukkan kedalam kuali, gaul selama 3 – 4 minit. Gaul sebati.

  5. Kemudian pindahkan kedalam periuk nasi, masukkan susu cair, satu sudu sunquick , kismis dan daun sup. Kemudian masukkan air.

  6. Masukkan 1 kiub Pati Ayam Knorr dan kacau sehingga sebati sebelum masak. Kemudian masak macam nasi biasa.

  7. Siap di hidangkan.

Tips nutrisi

Hidangkan nasi minyak yang sedap ini bersama dengan sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kubis ungu ataupun sepinggan sayur-sayuran yang berlainan warna. Ambil Pinggan Sihat Malaysia – Suku-suku Separuh sebagai panduan. Suku pinggan dengan sumber protein seperti ayam, suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi, separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.