Pai Daging Rendang dengan Kentang Topping
- 750 g Daging kisar
- 2 dikisar Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
- 1 kg Ubi kentang, buang kulit dan dihiris ½ inci bulat
- 6 sudu besar Pes rendang
- 40 g Kerisik
- 3 Daun limau purut, dihiris nipis
- 1 Daun kunyit, dihiris nipis
- ½ cawan Santan lemak fendah
- ¼ cawan Air
- Air untuk merebus ubi kentang
Langkah-langkah
-
Rebus ubi kentang selama 3-4 minit. Toskan air dan ketepikan.
-
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis daging sehingga perang sedikit. Masukkan pes rendang, kerisik, daun limau purut dan daun halia. Kacau sehingga sebati.
-
Masukkan Knorr Kiub Pati Lembu, air dan santan. Kacau sehingga sebati dan reneh selama 2-3 minit.
-
Tuangkan daging rendang ke dalam kaserol dan susun ubi kentang di atas ia. Sapukan sedikit minyak masak di atas topping. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 20 minit. Hidangkan panas.
Tips nutrisi
Hidangan pai yang lazat ini dengan teh kosong. Teh kosong tanpa gula and susu adalah pilihan yang lebih sihat kerana ia tidak mengadungi kalori.