Pankek Kimchi dan Lada Benggala
- 70 g Kimchi, dihiris
- 40 g Lada benggala kuning, dihiris nipis
- 1 sudu besar Daun bawang, dicincang
- 45 g Tepung gandum
- 45 g Tepung ubi kentang
- 2 sudu teh Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
- ¼ sudu teh Soda bikarbonat
- 2 sudu besar Jus kimchi daripada kimchi
- 90 ml Air berkarbonat sejuk
- 2 sudu besar Minyak masak
- Daun bawang dan cili merah untuk hiasan
Langkah-langkah
-
Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan-bahan kering sehingga sebati. Masukkan air berkarbonat dan jus kimchi. Kacau sehingga sebati.
-
Panaskan minyak di dalam kuali, tuangkan campuran ke dalam dan sebarkan secara merata. Goreng selama 2 minit.
-
Masukkan kimchi, lada benggala dan daun bawang. Goreng selama 1 minit lagi.
-
Terbalikkan pankek dan goreng selama 2-3 minit lagi.