Wooden Spoon
Purple Onion

Resepi Roti Paratha Telur

  • 50 minit
  • 2 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resepi Roti Paratha Telur
Nak masakan yang mudah dan sedap dimakan? Resipi Paratha Telur versi Nak Makan Apa, pasti memikat hati semua!
  • 4 telur
  • 2 roti paratha, dibakar
  • 4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • ½ sudu besar minyak masak
  • garam dan serbuk lada putih secukup
  • 2 cili merah, dicincang halus
  • ½ bawang, dicincang
  • ¼ cawan ketumbar, dicincang halus
  • 1 tomato, dihiris
  • Daun salad
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Untuk menyediakan inti telur, pukul telur dengan 2 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar, bawang, ketumbar dan cili merah sehingga gebu. Perasa dengan garam dan serbuk lada putih.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan campuran telur dan sediakan telur hancur.

  3. Sapukan 1 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas sekeping roti paratha dan letakkan tomato dan daun selada

  4. Resepi roti paratha telur siap dihidang panas.

Tips nutrisi

Lengkapkan sarapan anda dengan meminum segelas susu segar atau jus buah segar tanpa tambahan gula. Paratha boleh diganti dengan tortilla atau roti gandum.