Wooden Spoon
Purple Onion

Pizza Ayam Aloha

  • 20 minit
  • 6 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Pizza Ayam Aloha
  • 4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 4 sudu besar Lady's Choice Sos Salad Thousand Island
  • 2 sudu besar Minyak masak
  • 50 g Bawang kuning, didadu
  • 200 g Dada ayam tanpa kulit, dihiris halus
  • ¼ sudu teh Garam
  • ¼ sudu teh Serbuk lada sulah
  • 2 keping Kulit roti pizza crust nipis 10” siap sedia
  • 100 g Nenas dalam tin, didadu
  • 1 cawan Keju mozarella
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang kuning sehingga empuk, kemudian masukkan ayam dan goreng sehingga masak, perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Biar untuk sejuk.

  2. Di dalam satu mangkuk, satukan Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan Lady’s Choice Sos Salad Thousand Island.

  3. Sapukan campuran sos salad dengan rata pada permukaan pizza dan susun campuran ayam dan nenas di atasnya.

  4. Taburkan sedikit keju mozzarella di atas pizza dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 170°C selama 20 minit atau sehingga keju cair.

  5. Hiaskan dengan daun parsli dan serbuk lada hitam dan hidangkan panas.