Popiah Buah Nangka ala Vietnam
- 250 g Daging cincang
- 2 ulas Bawang putih
- 50 g Bawang besar, didadu halus
- 10 g Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
- 2 sudu besar Minyak
- 1 sudu teh Jus limau
- 20 g Daun ketumbar, dicincang
- 1 bungkus (300g) Kulit popiah Vietnam (saiz kecil)
- 100 g Buah Nangka, dihiris panjang
- 100 g Lobak merah, dihiris panjang
- 1 cawan Daun salad rocket
Langkah-langkah
-
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi, masukkan daging dan goreng sehingga masak sepenuhnya. Tambah Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu, jus limau dan daun ketumbar, gaul sehingga sebati. Ketepikan untuk dibiar sejuk.
-
Untuk menghidang, celup kulit popiah di dalam semangkuk air dan keluarkan dengan segera.
-
Pada bahagian tengah kulit popiah, letakkan sedikit hirisan buah nangka, lobak merah dan daun salad rocket, diikuti dengan satu sudu kecil penuh campuran daging. Balut dengan kaedeh seperti membalut popiah. Ulangi langkah untuk bahan-bahan yang selebihnya. Hidangkan pada suhu bilik atau sejuk.