Wooden Spoon
Purple Onion

Popiah Carbonara

  • 35 minit
  • 6 Hidangan
  • Ringkas Mudah
lady's choice
  • 12 -15 helai Kulit popiah (190mm x 190mm)
  • 8 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 170 g Dada ayam, didadu
  • 60 g Bawang besar, dicincang
  • 100 g Cendawan butang, didadu
  • 1 sudu teh Oregano
  • ½ sudu teh Lada hitam kasar
  • ½ sudu teh Paprika
  • ½ cawan Susu
  • Secubit Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • Minyak untuk menggoreng
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan Lady’s Choice Mayonis Sebenar di dalam kuali dan tumis bawang besar serta dada ayam sehingga masak sepenuhnya.

  2. Masukkan cendawan, oregano, serbuk lada hitam, paprika, Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan susu. Gaul sehingga rata. Ketepikan untuk dibiar sejuk.

  3. Ambil sehelai kulit popiah dan letakkan satu sudu besar inti carbonara pada salah satu penjuru dan gulungkan kulit popiah. Ulangi langkah untuk inti yang selebihnya.

  4. Goreng popiah pada suhu sederhana tinggi sehingga kuning keemasan. Hidangkan serta merta.