Wooden Spoon
Purple Onion

Rendang Udang

  • 35 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 400 gram udang
  • 3 sudu besar kerisik
  • ½ sudu besar Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 cawan santan (250ml)
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili kering
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Bersihkan udang. Ketepikan.

  2. Kisar semua bahan kisar.

  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.

  4. Masukkan gula melaka. Kacau lagi.

  5. Masukkan udang. Kacau lagi dan biarkan udang masak.

  6. Masukkan sedikit air.

  7. Masukkan Knorr Pasti Sedap dan daun limau purut. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris kasar.

  8. Masukkan santan. Masukkan kerisik. Kacau sebati. Biarkan kering sedikit. Matikan api.