Wooden Spoon
Purple Onion

Resepi One Pot Broccoli Chicken Rice

  • 45 minit
  • 6 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resepi One Pot Broccoli Chicken Rice
Senang dimasak dan enak dimakan, hidangkan seisi keluarga anda resepi One Pot Broccoli Chicken Rice hari ini!
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 1 biji Bawang Bombay, didadu
  • 600 g Daging ayam dada, didadu
  • 2 sudu besar Puri tomato tanpa garam
  • 2 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 4 sudu besar Bawang putih, dicincang
  • 2 cawan Beras
  • 2 cawan Air
  • 1 cawan Susu
  • 2 cawan Brokoli, dipotong kuntum kecil
  • 1 cawan Tomato ceri kuning dan merah, dibelah dua
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang bambay hingga wangi. Masukkan ayam, puri tomato dan Knorr Kiub Pati Ayam. Gaul hingga sebati. Masukkan bawang putih dan goreng selama 1 minit.

  2. Masukkan beras, air, susu dan rendahkan api. Tutup periuk dan renehkan selama 15 minit dan gaul sekali sekala.

  3. Masukkan brokoli, tutup periuk dan renehkan hingga beras masak sepenuhnya.

  4. Susunkan ceri tomato di atas nasi, tutup periuk dan masak selama 5 minit. Sedia dihidangkan.

Tips nutrisi

Selain serat diet, brokoli juga mengandungi folat. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah. Tomato juga boleh dimakan mentah, dibakar, digoreng, atau dijadi sos dan jus.