Wooden Spoon
Purple Onion

Resepi Roti Pita Ayam Masala Lady’s Choice

  • 30 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
lady's choice
Resepi Roti Pita Ayam Masala Lady's Choice ini bukan sahaja enak di makan, tetapi mudah di hidangkan terutama sekali bagi isi keluarga yang ramai. Selamat mencuba!
  • 300 g Dada ayam, didadu
  • 4 Roti pita, dibelah dua dan dibakar
  • 1 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 1 sudu besar Minyak masak
  • 1 inci Halia muda, dikisar
  • 2 ulas Bawang putih, dikisar
  • 1 sudu teh Serbuk cili
  • 1 sudu teh Rempah kari daging
  • ½ cawan Daun pudina, dicincang
  • 2 sudu teh Garam masala
  • 1 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 2 Tomato, buangkan biji dan didadu
  • 1 Timun Jepun, buangkan biji dan didadu
  • 2 Bawang merah, dicincang
  • 1 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • Daun pudina dan limau nipis
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Di dalam mangkuk besar, campurkan ayam dengan bahan-bahan perapan. Perap ayam selama 20 minit.

  2. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan bahan-bahan salad sehingga sebati. Ketepikan.

  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng ayam sehingga masak.

  4. Untuk menghidang, sapukan Lady’s Choice Sapuan Ayam ke atas poket pita. Sudukan ayam masala dan salad ke dalam poket pita. Hiaskan dengan daun pudina dan limau nipis sebelum dihidangkan.

Tips nutrisi

Lady’s Choice Sapuan Ayam dan Lady’s Choice Mayonis Sebenar mengandungi lemak tidak tepu seperti Omega 3.