Wooden Spoon
Purple Onion

Resepi Salad Soba Noodle Pelangi

  • 20 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
hellmann's
Ceriakan rumah anda dengan resepi sihat Salad Soba Noodle Pelangi ini sebagai hidangan yang berlainan minggu ini.
  • 270 g Soba kering
  • 200 g Kiub nenas daripada tin
  • ½ cawan Kubis ungu, dihiris kasar
  • 1 keping Tofu keras, dihiris kasar dan digoreng
  • 16 biji Kacang pis, dicelur
  • 1 packet Cendawan Shimiji, dicelur
  • 1 cawan Labu, dihiris kasar
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • Bijan hitam dan bijan putih
  • ¼ cawan Cuka beras
  • 6 sudu besar Hellmann’s Roasted Sesame
  • 1 sudu teh Kicap soya
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Di dalam mangkuk, campurkan bahan-bahan utuk sos bijan sehingga sebati. Ketepikan.

  2. Untuk satay nenas, cucuk kuib nenas dengan lidi satay dan panggang sehingga karamel. Ketepikan.

  3. Masak soba mengikut arahan paket. Tiriskan dan bilas dengan air sejuk. Campurkan soba dengan sos bijan. Bahagikan soba kepada 4 bahagian dan lettakkan ke dalam mangkuk.

  4. Susunkan sayur-sayuran, cendawan, tofu dan satay nenas di atas soba. Taburkan minyak bijan dan hias dengan bijan hitam dan bijan putih. Sedia dihidangkang.

Tips nutrisi

Sayur-sayuran yang berlainan warna mengandungi antioksidan yang berbeza. Antioxidan penting untuk kesihatan badan seperti mengurangkan inflamasi. Tofu mengandungi protein. Protein membantu menbina dan memperbaiki tisu badan.