Wooden Spoon
Purple Onion

Resepi Spaghetti Ayam Black Pepper

  • 25 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 1 kiub dikisar Knorr Kiub Pati Ayam
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 1 Bawang Bombay, dihiris
  • 20 g Bawang putih, dihiris
  • 30 g Halia, dihiris
  • 250 g Ayam dihiris
  • 100 ml Air
  • 1 sudu besar Kicap cair
  • 1 sudu besar Kicap pekat
  • 100 g Lada benggala kuning, dihiris
  • 100 g Lada benggala merah, dihiris
  • 30 g Serbuk lada hitam
  • 450 g Spaghetti, direbus
  • Segenggam daun ketumbar untuk hiasan
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang Bombay, bawang putih dan halia sehingga wangi.

  2. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Goreng selama satu minit.

  3. Masukkan air, kicap cair, kicap pekat dan Kiub Ayam Knorr. Kacau sehingga sebati dan masukkan lada-lada benggala.

  4. Akhirnya, masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan panas.