Resepi Udang Masak Mentega Rangup
Pastinya kegemaran ramai, cubalah di rumah anda resepi Udang Masak Mentega Rangup ini yang lazat lagi menyelerakan.
- 1 kg Udang, dibersihkan
- 1¾ sudu teh Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
- 1 Putih telur
- 2 sudu besar Tepung jagung
- 2 sudu besar Tepung beras
- Minyak masak untuk menggoreng
- 3 Kuning telur, dipukul
- ½ cawan Mentega tanpa garam
- 4 Cili padi, dihiris
- 2 tangkai Daun kari
- ¼ sudu teh Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
- Secubit gula
- Minyak masak untuk menggoreng
Langkah-langkah
-
Gaulkan udang dengan Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan putih telur. Kemudian, salutkan udang dengan tepung jagung dan tepung beras.
-
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang selama 4-5 minit atau hingga garing. Angkat dan ketepikan.
-
Tambahkan mentega ke dalam minyak. Setelah mentega cair dan berbuih, masukkan kuning telur yang dipukul sedikit demi sedikit. Kacau telur dengan pemukul untuk mendapatkan tekstur yang halus. Kekalkan api sederhana hingga tinggi, goreng selama 1-2 minit.
-
Masukkan cili, daun kari, Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan gula. Goreng selama 1 minit lagi. Angkat dan ketepikan.
-
Letakkan udang ke dalam kuali dan masukkan telur garing. Kacau rata dan sedia dihidangkan.
Tips nutrisi
Udang mengandungi protein – nutrisi yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan. Ambil Pinggan Sihat Malaysia – Suku-suku Separuh sebagai panduan. Suku pinggan dengan sumber protein seperti udang, suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau mee, separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.