Wooden Spoon
Purple Onion

Resepi Wrap Ayam Panggang Rangup dengan Coleslaw

  • 45 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
hellmann's
Hidangkan keluarga anda resepi Wrap Ayam Panggang Rangup dengan Coleslaw yang lazat dan berkhasiat ini!
  • 4 Paha ayam tanpa tulang
  • 4 Wrap tortilla
  • 4 sudu besar Hellmann’s Smoky Caesar
  • ½ sudu teh Paprika
  • ½ sudu teh Serbuk bawang putih
  • ½ cawan serbuk roti + 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan Kubis ungu, dihiris
  • 1 cawan Kubis, dihiris
  • ½ Bawang bombay, dicincang
  • 1 Lobak merah, dihiris
  • 2 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 2 sudu besar Cuka putih
  • 1 sudu besar Gula perang
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Untuk coleslaw, campurkan semua sayur-sayuran sehingga sebati. Di dalam mangkuk kecil, campurkan bahan-bahan basah sehingga sebati. Tuangkan campuran sos ke dalam coleslaw dan campur sehingga sebati. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

  2. Untuk ayam panggang rangup, sapu ayam dengan Hellmann’s Smoky Ceasar Dressing, serbuk bawang putih dan paprika. Kemudiannya, salut dengan campuran serbuk roti. Letakkan ayam ke atas dulang yang telah dilapiskan dengan kertas parchment. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 160˚C selama 20-25 minit atau sehingga ayam masak sepenuh.

  3. Untuk menghidang, letakkan coleslaw dan ayam panggang di atas wrap. Taburkan Hellmann’s Smoky Ceasar Dressing di atas ayam, lipat dan dihidangkan panas.

Tips nutrisi

Kubis ungu mengandungi lebih vitamin A daripada kubis hijau. Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit and penting untuk fungsi mata. Satu hidangan (1 sudu besar) Hellmann’s Smoky Caesar mengandungi 63kcal sahaja. Satu hidangan (1 sudu besar) Lady’s Choice Sapuan Ayam mengandungi 45kcal sahaja.