Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Ayam Masak Merah

  • 45 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Ayam Masak Merah
Resipi Ayam Masak Merah yang mengunakan Knorr SavorRich Ayam ini memikat hati dan selera seisi keluarga.
  • 1 kg ayam, goreng ½ masak
  • 4 biji cili api
  • 2 batang serai
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 keping asam keeping
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • minyak masak untuk menggoreng
  • campuran kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
  • daun ketumbar untuk hiasan
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 20 biji cili kering, direbus
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali, tumiskan semua rempah ratus sehingga naik bau, masukkan bahan kisar dan sedikit air, kacau sehingga pecah minyak.

  2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan Knorr SavorRich Ayam. Kacau sebati.

  3. Masukkan ayam goreng, cili padi dan tomato. Tambah air dan reneh sehingga ayam masak sepenuhnya.

  4. Hias dengan daun ketumbar dan hidang panas.

Tips nutrisi

Ambil Pinggan Sihat Malaysia – Suku-suku Separuh sebagai panduan, hidangkan ayam masak merah dengan sayur-sayuran dan nasi.