Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Ayam Reneh Pedas

  • 50 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Ayam Reneh Pedas
Isi ayam yang lembut dan enak ini pasti memikat hati seisi keluarga terutamaya raya ini.
  • 600 g ayam, dipotong ketulan besar
  • 2 Sudu teh Knorr SavorRich Ayam
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 4 tbsp minyak masak
  • 2 bawang Bombay, dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 lobak merah, dipotong kecil
  • 2 ubi kentang, dipotong kecil
  • 2 tomato, dibahagi empat
  • 1 lada Benggala merah, dipotong kepingan
  • ½ sudu teh Oregano
  • 2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perasakan ayam dengan 2 sudu teh Knorr SavorRich Chicken Concentrated Seasoning dan serbuk lada hitam, kemudian salutkan dengan tepung gandum.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

  3. Tambah ayam dan goreng sehingga warna keemasan.

  4. Masukkan bahan-bahan yang lain dan reneh selama 20 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.

  5. Hidang dengan nasi.

Tips nutrisi

Ambil Pinggan Sihat Malaysia – Suku-suku Separuh sebagai panduan, tambahkan sayur-sayuran atau daun salad dalam hidangan.