Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Banh Mi Ayam Bakar

  • 40 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Banh Mi Ayam Bakar
Resepi Banh Mi Ayam Bakar yang lazat lagi mengagumkan untuk hidangan tengahari ataupun malam.
  • 5 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 4 keping Roti Vietnam, saiz sederhana
  • 2 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam daun pudina
  • 2 keping Daging dada ayam
  • 1 sudu besar Sos ikan
  • 3 sudu besar Jus limau
  • 2 sudu besar Gula Melaka
  • 20 g Bawang putih, dicincang
  • 1 batang Serai, dicincang
  • ½ cawan Air
  • ½ cawan Cuka beras
  • ½ cawan Gula
  • 1 Lobak merah, dipotong panjang
  • 1 Timun Jepun, dipotong panjang
  • 1 Lobak putih, dipotong panjang
  • 1 Bawang merah, dihiris
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Untuk sediakan sayur acar. Campurkan air, cuka dan gula sehingga sebati. Masukkan sayur-sayuran dan simpan di dalam peti sejuk selama sehari.

  2. Untuk sediakan ayam bakar, perap ayam dengan sos ikan, jus limau, gula Melaka, bawang putih dan serai selama 6 jam. Panaskan kuali dan panggang ayam sehingga masak.

  3. Hiriskan ayam dan salut dengan Lady’s Choice Sapuan Ayam.

  4. Untuk menghidang, belahkan roti Vietnam kepada dua dan sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice di atas ia. Susunkan ayam panggang dan sayur acar ke atas. Akhirnya, taburkan daun ketumbar dan daun pudina.

Tips nutrisi

Satu sudu besar Lady’s Choice Spread Ayam hanya mengandungi 45kcal. Minyak kacang soya yang mengandungi Omega 3 adalah ramuan utama dalam produk ini. Sayur acar boleh digantikan dengan daun salad sebagai pilihan yang lebih sihat.