Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Bebola Ayam

  • 55 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 300 g ayam dicincang
  • ½ batang lobak berah, didadu
  • 1 cili merah, biji dikeluarkan dan didadu
  • ½ batang saderi, didadu
  • ½ Knorr Kiub Pati Ayam
  • ½ sudu teh kicap
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia yang muda, dihiris
  • 1 batang kayu manis kecil
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu teh serbuk daun ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan
  • 1000 ml air
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 biji kentang saiz sederhana, didadu
  • 1 batang lobak merah, dihiris
  • 2 cili
  • 1 batang saderi, dihiris
  • 6 biji cendawan butang, dipotong empat
  • 1 sudu besar lada putih (tambah lebih kalau suka)
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup, dicincang kasar
  • Bawang goreng
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Gaulkan semua bahan ayam barbola dalam satu mangkuk. Perap dalam peti sejuk untuk 20 minit.

  2. Panaskan minyak sayuran dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia untuk beberapa minit. Masukkan kayu manis, bunga lawang, serbuk daun ketumbar dan serbuk jintan. Gaul dengan baik

  3. Seterusnya, tambahkan air, Kiub Pati Ayam Knorr dan biarkan ia mendidih. Masukkan ayam barbola dengan perlahan-lahan. Apabila ayam barbola mula terapung, masukkan kentang, lobak merah dan cili.

  4. Apabila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan saderi dan cendawan. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.

  5. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan selagi panas.