Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Cucur Udang

  • 45 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 200 gram tepung gandum berserbuk penaik
  • 1 cawan air
  • ½ bawang, dicincang
  • 1 cili merah, dihiris nipis
  • 3 pokok kucai, dipotong 1 inci panjang
  • ½ cawan kernel jagung, dimasak
  • 100 gram udang kecil, kulit dikupas
  • ½ tbsp Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • Minyak untuk menggoreng
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Campurkan tepung, Pasti Sedap Knorr dan air. Kacau sebati. Pastikan campuran tidak terlebih air.

  2. Masukkan bawang, cili, kucai, kernel jagung dan gaul rata.

  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuangkan bancuhan ke dalam sudip yang telah dipanaskan dan letakkan udang di atas bancuhan. Goreng di dalam minyak.

  4. Goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.

  5. Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

  6. Hidang panas.