

Resipi Gulungan Roti Tuna Mayo

Gulungan Roti Tuna Mayo adalah hidangan sampingan yang sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Sempurnakanlah hidangan bersama teh ataupun kopi, memang nikmat!
- 1 tin tuna flakes dalam air, ditapis
- 3 sudu Lady's Choice Mayonis Sebenar
- 55 g saderi, didadu
- ¼ epal merah, biji dikeluarkan dan didadu
- ½ pir, biji dikeluarkan dan didadu
- 4 keping roti putih atau roti gandum, sisinya dipotong
- 4 keping keju Cheddar
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa

Langkah-langkah
-
Masukkan tuna, Mayonis Sebenar Lady’s Choice, saderi, epal dan pir dalam satu mangkuk. Gaul rata. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
-
Seterusnya, dengan hati-hati gunakan pin bergulir untuk gulungkan roti sehingga rata.
-
Letakkan sekeping keju di atas roti.
-
Tambahkan sedikit campuran tuna di atas keju. Gulungkan roti dengan ketat dan biarkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
-
Sebelum menghidang, potongkan 1 gulungan roti kepada 3-4 gulung yang kecil.
Tips nutrisi
Gunakan roti bijian penuh (roti gandum) untuk resepi ini kerana ianya mengandungi serat dan nutrien yang lebih tinggi berbanding dengan roti putih. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dengan menambahkan sayuran hijau dalam hidangan seperti timun dan daun salad.