Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Roti Telur Cawan

  • 25 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Roti Telur Cawan
Hidangkan resepi Roti Telur Cawan ini buat sarapan pagi di rumah yang pasti akan memenangi hati seisi keluarga.
  • 3 biji Telur
  • 1 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 3 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 60 ml Susu
  • Secubit Serbuk lada sulah
  • 5 biji Tomato ceri, didadu
  • 3 keping Keju cheddar, dihiris
  • ½ sudu teh Campuran herba (Mix herbs)
  • 10 keping Roti gandum, sisi dipotong
  • ½ sudu besar Minyak masak
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Di dalam mangkuk besar, campurkan lapan bahan pertama sehingga sebati.

  2. Leperkan roti sehingga nipis dengan pin penggelek dan tekan dalam tin mafin yang dilengser minyak.

  3. Tuangkan campuran telur ke dalam cawan roti dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160 °C selama 10-12 minutes atau sehingga inti masak.

Tips nutrisi

Keju mengandungi kalsium dan zat besi. Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat; zat besi adalah factor dalam pembentukan sel darah merah. Gunakan keju yang kurang natrium/garam sebagai pilihan yang lebih sihat.