Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Salad Ayam dengan Kacang Gajus dan Halia

  • 30 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
hellmann's
Sediakan makanan yang berkhasiat dan menarik minggu ini bagi seisi keluarga anda dengan resepi Salad Ayam dengan Kacang Gajus dan Halia ini.
  • 200 g Dada ayam
  • 2 sudu besar Hellmann’s Smoky Thousand Island
  • 1 sudu besar Serbuk paprika
  • 2 cawan Daun bayam muda
  • 1 cawan Kubis ungu, dihiris
  • 1 Lada Benggala merah, dihiris
  • 1 cawan Kiub nenas dari tin, simpan sirap
  • 100 g Kacang gajus, panggang dengan sedikit mentega
  • 4 sudu besar Halia muda, diparut
  • 5 sudu besar Hellmann’s Smoky Thousand Island
  • 2 sudu besar Sirap dari tin nenas
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Ratakan dada ayam dengan pemukul. Perap selama 20 minit dan goreng dengan api sederhana sehingga masak.

  2. Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan-bahan untuk sos sehingga sebati.

  3. Susunkan salad dan ayam panggang di atas pinggan. Taburkan sos salad halia dan dihidangkan.

Tips nutrisi

Satu hidangan (satu sudu besar) Hellmann’s Smoky Thousand Island mengandungi 62kcal sahaja dan ini adalah 3% dari Nilai Rujukan Nutrien. Kacang gajus adalah tinggi dalam protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Lada benggala yang berlainan warna mengandungi antioksidan yang berbeza. Antioxidan penting untuk kesihatan badan seperti mengurangkan inflamasi.