Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Salad Ketam Bercawan Kulit Wantan

  • 30 minit
  • 6 Hidangan
  • Ringkas Mudah
hellmann's
  • 20 keping Kulit Wantan
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 300 g Filamen berperisa ketam, masak dan dihiris
  • 50 g Bawang besar, didadu
  • 3 Daun limau purut, dihiris
  • 1 Serai, dihiris
  • ½ Timun, didadu
  • 100 g Nenas, didadu
  • 3 Cili padi, dihiris
  • 3 sudu besar Jus limau
  • 1 sudu teh Gula
  • 6 sudu besar Hellmann’s Smoky Thousand Island
  • Daun ketumbar untuk hiasan
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Letakkan kulit wantan ke dalam tin mafin yang dilengser minyak. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160 °C selama 7-9 minit atau sehingga warna kuning keemasan. Biarkan sejuk.

  2. Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar sehingga sebati.

  3. Letakkan inti ke dalam cawan wantan dan hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan.