Resipi Soto Ayam
Resipi Soto Ayam sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun disediakan pada hari raya. Cara penyediaan mudah dan ringkas. Jom kita masak..
- 3 Knorr Kiub Pati Ayam
- 2000 ml Air
- 2 sudu besar Minyak
- 4 biji Bawang merah, hiris
- ½ sudu kecil Serbuk kunyit
- 1 sudu besar Rempah sup
- 1 ketul Sup Bunjut
- 1 sudu kecil Serbuk lada putih
- 1 keping Ayam bahagian peha tanpa kulit
- Begedil
- Nasi impit
- Meehoon, dicelur
- Telur, direbus
- Taugeh
- Bawang merah goreng
- Daun bawang
- Limau nipis
Langkah-langkah
-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga wangi.
-
Kemudian, masukkan Kiub Ayam Knorr, air bersama bahan-bahan lain. Biarkan sehingga mendidih. Keluarkan ayam, biarkan sejuk, buang bahagian lemak dan carik halus.
-
Hidangkan sup dengan bahan sampingan.