Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Sup Bawang Malaysia dengan Sate

  • 60 minit
  • 2 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Sup Bawang Malaysia dengan Sate
Semangkuk panas sup bawang dihidang dengan sate, sedap dimakan untuk santapan tengah hari atau malam. Pastinya disukai semua rakyat Malaysia.
  • 25 gram mentega
  • 1 camca besar minyak zaitun
  • 3 labu bawang besar, dihiris
  • 1 camca kecil gula
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca besar tepung gandum
  • 1 camca besar serbuk kari
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 cili merah, dipotong panjang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji halia, dihiris bulat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 mililiter wain putih (opsyenal – boleh melebihkan stok daging lembu mengikut citarasa)
  • 750 mililiter stok daging lembu
  • 400 gram daging batang pinang, dipotong menjadi kepingan
  • 1 camca besar serbuk kari
  • ½ Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
  • 1 camca besar minyak
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan periuk besar di atas api yang sederhana dan tambahkan mentega dan minyak, diikuti dengan bawang. Tutup dengan penutup, kecilkan api dan tumiskan selama 20 minit sehingga bawang menjadi layu.

  2. Alihkan penutup, tambahkan bawang putih dan gula dan tumis selama 20-30 minit lagi, kacau selalu supaya bawang tidak menjadi hangus. Anda mahukan bawang yang menjadi layu dan wangi (inilah yang memberikan warna dan rasa) tetapi tidak hangus.

  3. Masukkan tepung dan rempah dan masak selama beberapa minit, mencampurkan kesemuanya dengan baik. Tuangkan wain dan biarkan sebentar untuk tersejat, kemudian tambahkan stok. Renehkan selama 15 minit.

  4. Letakkan kepingan daging lembu ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk kari, kiub pati dan minyak. Campurkan segalanya dengan sebati supaya daging lembu dapat disalut campuran dengan menyeluruh.

  5. Cucukan daging lembu diantara 4 pencucuk- ia semua haruslah mempunyai saiz dan ketebalan yang sama untuk memastikan ia masak sama rata.

  6. Letakkan di atas pemanggang yang panas atau kuali menggoreng dan masak selama beberapa minit di setiap sisi sehingga menjadi garing- tetapi berhati-hati supaya tidak terlampau masak atau daging akan menjadi liat.

  7. Asingkan rempah daripada sup, bahagikan di antara dua mangkuk dan hidangkan setiap hidangan dengan 2 sate daging.

Tips nutrisi

Daging lembu mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Hidangkan dengan sayur-sayuran supaya anda memperolehi vitamin and mineral yang berlainan.