Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Tom Yam Paprik Ayam

  • 25 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Tom Yam Paprik Ayam
Cara untuk memasak Ayam Paprik Tomyam yang jati, lembut isinya dan mudah, terkandung di dalam resipi ini...
  • 250 g daging ayam dada, dihiris kasar
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 bawang besar, dihiris
  • 2 helai daun limau katsuri
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 serai, ditumbuk
  • 3 cili padi merah, dihiris
  • ½ Knorr Kiub Pati Tom Yam
  • 3 kacang panjang, dipotong memajang
  • 6 Jagung muda, dipotong kecil
  • 1 lobak merah, dihiris kasar
  • 2 cawan kubis bunga
  • 1 tomato, dibahagi empat
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ¼ cawan air
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi.

  2. Masukkan ayam dan goreng sehingga keemasan. Masukkan sedikit air jika perlu.

  3. Masukkan Kiub Pati Tom Yam Knorr, sos-sos, serai, daun limau katsuri, cili padi merah dan air. Masak sehingga mendidih.

  4. Masukkan sayur-sayuran dan masak dengan api perlahan selama 2-3 minit.

  5. Hidang dengan nasi.

Tips nutrisi

Selain protein, ayam juga mengandungi vitamin seperti Vitamin B dan mineral seperti zink. Vitamin B diperlukan bagi membebaskan tenaga daripada karbohidrat, and zink adalah penting untuk pertumbuhan.