Salad Ayam Blueberry dan Epal
- 5 sudu besar Hellmann's Blueberries & Lime
- 400 g Dada ayam tanpa kulit, dibelah dua
- 1 sudu teh Serbuk bawang putih
- 1 sudu teh Serbuk bawang besar
- ½ sudu teh Garam
- 1 sudu besar Serbuk paprika
- 1 biji Epal hijau saiz besar, didadu
- 2 biji Epal merah saiz sederhana, dihiris nipis
- 125 g Blueberi
- 120 g Daun salad, dihiris nipisMinyak untuk menggoreng
Langkah-langkah
-
Perap ayam dengan serbuk bawang putih, serbuk bawang besar, garam dan serbuk paprika selama 30 minit. Kemudiannya, goreng dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan, dihiris dan ketepikan.
-
Di dalam mangkuk hidangan, susun daun salad di bahagian bawah, diikuti dengan epal dan blueberri.
-
Letakkan hirisan ayam di atas dan taburkan Hellmann’s Blueberries & Lime yang secukupnya. Hidangkan serta-merta.