

Resipi Salad Quinoa berkulit Inari

Hidangkan kelainan di rumah anda hari ini dengan resepi salad quinoa ini menggunakan kulit tofu jepun ini, atau lebih dikenali sebagai Inari. Enak dan juga mempunyai banyak khasiat.
- 1 cawan Quinoa
- 2 sudu besar Hellmann’s Roasted Sesame
- 2 sudu besar Lady's Choice Sapuan Tuna
- 12 keping Kulit tofu Inari (Kulit tofu jepun)
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- 200 g Udang, rebus dan campur dengan 1-2 sudu teh Hellmann’s Roasted Sesame
- 2 Telur, disediakan secara telur hancur dengan 1 sudu besar Hellmann’s Roasted Sesame
- 1 Avocado, dihiris
- 3 Lobak merah muda, dihirs
- 1 Tomato, didadu
- 20 g Beri biru
- 20 g Wakame (rumput laut diperasa)
- 1 Naturomaki (kek ikan jepun), dihiris
- Bijan hitam untuk hiasan

Langkah-langkah
-
Masak quinoa mengikut arahan pada paket dan biarkan sejuk. Kemudian, campur dengan Hellmann’s Roasted Sesame Dressing, garam dan serbuk lada sulah sehingga sebati.
-
Buka kulit tofu inari dengan lembut dan sudukan campuran quinoa ke dalam poket. Taburkan sedikit Sapuan Tuna Lady’s Choice dan susunkan topping di atas mengikut kesukaan peribadi.
-
Hiaskan dengan bijan hitam dan sedia dihidangkan.
Tips nutrisi
Quinoa mengandungi magnesium and manganese. Magnesium menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium. Wakame mengandungi folat dan magnesium. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah. Lemak tidak tepu boleh didapati dari avocado.