Resipi Sandwich “Taco” Keju dan Kepingan Ayam
- 4 keping roti putih
- 4 keping ham ayam
- 4 keping keju Cheddar
- 4 sudu besar daun salad, dihiris
- 4 sudu besar ceri tomato kuning, didadu
- 4 sudu besar ceri tomato merah, didadu
- 1 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
- 4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
- 2 biji epal merah, dibuang kulit, dipotong dadu halus danperah jus epal sampai kering
- Garam dan lada sulah secukup rasa
Langkah-langkah
-
Dalam mangkuk, campurkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan epal sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Ketepikan.
-
Potong kerak roti dan meratakan roti dengan pin bergolek (rolling pin).
-
Potong roti, keju dan ham ayam dengan pemotong bulat.
-
Untuk menghidang, sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice ke atas roti, letakkan keju, kepingan ayam, sos epal mayo dan sayur-sayuran di atas.
-
Lipat separuh untuk menyerupai “Taco”. Sedia dihidangkan.