Wooden Spoon
Purple Onion

Sandwich Telur Mayonis Ala Jepun

  • 25 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Sandwich Telur Mayonis Ala Jepun
  • 6 keping Roti putih lembut Jepun, dibuang kulit
  • 3 biji Telur rebus lembut
  • 3 sudu besar Mentega Garam secukup rasa
  • 4 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice
  • 4 biji Telur rebus
  • 20 g Lobak merah, didadu halus
  • 20 g Timun Jepun, didadu halus
  • 1 sudu teh Cuka beras
  • ½ sudu teh Serbuk bawang besar
  • ½ sudu teh Serbuk lada sulah
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Untuk telur rebus lembut, letak telur di dalam air pada suhu bilik dan biar mendidih, masak selama 7 minit, angkat dan rendam di dalam air sejuk dengan ais. Kupas telur dan ketepikan.

  2. Untuk inti telur mayonis, hancurkan telur rebus bersama dengan Mayonis Sebenar Lady’s Choice. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.

  3. Untuk menghidang, sapu mentega pada roti dan potong sebiji telur lembut kepada dua bahagian. Letakkan bahagian yang dipotong menghala ke bawah di atas roti dalam satu baris secara pepenjuru. Kemudian, isikan dengan inti telur mayonis dan tutup dengan sekeping roti.

  4. Tekan sedikit bahagian tepi sandwich untuk menetapkan telur rebus lembut.

  5. Potong sandwich kepada 4 bahagian secara pepenjuru untuk mempersembahkan telur rebus lembut. Ulangi langkah untuk roti yang selebihnya.