Wooden Spoon
Purple Onion

Siakap Stim Tomyam

  • 30 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 1 ekor ikan siakap (500gm)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 Kiub Tomyam Knorr Knorr Kiub Pati Tom Yam
  • 1 tangkai serai diketuk
  • 2 biji limau nipis (ambil jus)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji bawang merah dipotong
  • 4 lobak merah
  • 100 ml Air
  • 50 gm cendawan tiram
  • 100 gm bunga kubis
  • ½ sudu kecil Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perap ikan dengan sos tiram, dan halia+bawang putih yang ditumbuk.

  2. Masukkan air ke dalam periuk kecil, masukkan bawang merah, dan Kiub Tomyam Knorr.

  3. Biar hingga mendidih. Masukkan serai, jus limau nipis, daun limau purut dan sayur-sayuran.

  4. Masukkan Knorr Pasti Sedap secukupnya. Tutup api.

  5. Masukkan ikan dalam kukusan. Tuang kuah tomyam dan kukus sampai masak. Siap.