Wooden Spoon
Purple Onion

Spaghetti Bolognese Tom Yam

  • 20 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 100 g Spaghetti, masak mengikut arahan pada paket
  • 1 kiub Knorr Kiub Pati Tom Yam Knorr Kiub Pati Tom Yam
  • 120 g Fillet ayam, dihiris nipis
  • 120 g Cendawan shimeji, ditumbuk
  • 20 g Bawang besar, didadu halus
  • 1 batang Serai, dicincang
  • 1 sudu besar Jus limau
  • 1 sudu besar Kicap cair
  • 4 helai Daun limau purut, dicincang halus
  • 3 sudu besar Tomato, dicincang halus
  • 2 sudu besar Krim masak
  • 2 sudu besar Minyak
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perap ayam dengan bawang besar, serai, jus limau, kicap cair dan daun limau purut.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dengan sepenuhnya. Masukkan tomato, cendawan shimeji dan Knorr Kiub Pati Tom Yam dan biar mendidih pada suhu rendah.

  3. Masukkan spaghetti dan goreng-goreng seketika. Masukkan krim masak dan gaul sehingga sebati. Angkat dan hidangkan serta merta.