Wooden Spoon
Purple Onion

Spaghetti Bolognese

  • 35 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • ½ sudu besar Olive Oil
  • 2 ulas Bawang putih - cincang
  • 1 biji Bawang besar kuning - potong dadu
  • (500 - 600 gram) Daging kisar
  • ½ cawan / (125 ml) Air
  • 2 kiub Pati Daging Knorr
  • 1 tin / (400 gram) Tomato cincang
  • 1 tin / (400 gram) Tomato puri
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil Sos Worcestershire
  • 2 helai Daun bay kering
  • ½ sudu kecil Thyme / oregano kering
  • 1 sudu kecil Serbuk lada hitam
  • (500 gram) Spaghetti
  • Keju Parmesan
  • Parsley Dihiris halus
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Masak 5 liter air sehingga mendidih. Masukkan 1 sudu besar garam dan sedikit minyak zaitun. Rebus pasta mengikut masa yang ditetapkan di pek pembungkusan.

  2. Panaskan minyak dalam periuk bersesuaian menggunakan api sederhana.

  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau selama 3 minit atau sehingga lembut dan sedikit keperangan atas api sederhana.

  4. Besarkan api dan masukkan daging cincang. Kacau sehingga keperangan. Masukkan air dan masak sehingga mendidih selama 1 minit.

  5. Masukkan semua bahan lain kecuali lada hitam.

  6. Kacau rata sehingga mendidih dan perlahankan api dan biarkan merenih selama 20-30 minit. Tambah air jika sos menjadi terlalu pekat. Kacau rata.

  7. Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam secukup rasa.

  8. Ceduk sos ke atas spaghetti yang telah direbus. Tabur dengan parutan keju dan daun parsley.