Wooden Spoon
Purple Onion

Stew Ayam (Chicken Stew)

  • 45 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 500 gm ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang lobak merah
  • 2 biji kentang saiz sederhana
  • 2 batang saleri
  • 1 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ¼ cawan air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 Kiub Pati Ayam Knorr Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 tangkai daun bawang
  • ½ tangkai cili merah
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan periuk, masukkan 3 camca besar minyak zaitun. Sementara itu gaul ayam tadi dengan lada hitam hingga rata. Goreng ayam tadi dalam periuk, goreng dengan api sederhana untuk 3 – 4 minit.

  2. Tumis bawang holland, bawang putih dan halia hingga layu. Masukkan lobak merah, kentang dan saleri, kacau rata dan masak sebentar.

  3. Sementara tu, bancuh, tepung jagung, air, sos tiram, kicap, minyak bijan dan Kiub Pati Ayam Knorr. Kacau rata.

  4. Masukkan ke dalam periuk tadi. Tambah air secukupnya.

  5. Tutup periuk dan tunggu sehingga ayam masak.

  6. Tabur daun bawang dan hirisan cili merah. Siap.