Wooden Spoon
Purple Onion

Sup Ayam

  • 45 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • ½ ekor ayam
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 biji Ubi kentang
  • 1 batang Lobak merah
  • 1 batang Sayur leek
  • 1 biji Buah tomato
  • 2 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 4 sudu besar Minyak masak
  • 4 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji Buah keras
  • ½ biji Buah pala
  • 1 sudu kecil Lada sulah biji
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Rebus ayam dengan 1 ½ liter air sehingga mendidih. Masukkan ubi kentang dan diikuti dengan lobak merah.

  2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau.

  3. Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan ayam. Masukkan kiub pati ayam.

  4. Akhir sekali masukkan buah tomato dan leek.

  5. Sebelum dihidangkan, tabur dengan bawang goreng.