Wooden Spoon
Purple Onion

Sup Keropok Lekor

  • 15 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 2 kiub Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
  • 120 g Keropok lekor, dihiris serong dan goreng sehingga rangup
  • 100 g Bok Coy
  • 70 g Ubi keledek, diparut
  • 100 g Sengkuang, didadu
  • 100 g Cendawan enoki
  • 2 liter Air
  • 2 batang Serai, ditumbuk
  • 2 biji Cili padi, dibuang biji dan ditumbuk
  • 10 g Lengkuas, ditumbuk
  • 1 sudu besar Jus limau
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Masukkan air, serai, cili padi dan lengkuas di dalam periuk. Biar mendidih dan kemudiannya rendahkan api dan reneh selama 10 minit.

  2. Masukkan Knorr Kiub Pati Ikan Bilis, sengkuang, bok choy, ubi keledek dan cendawan enoki. Biar mendidih.

  3. Akhirnya, padamkan api dan masukkan keropok lekor dan jus limau. Hias dengan sup daun dan hidangkan serta merta.