Wooden Spoon
Purple Onion

Sup Tulang

  • 40 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 1 kg Tulang rusuk - di rebus
  • 2 kiub Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
  • Rempah 4 sekawan
  • ½ sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil Serbuk Limau Nipis Knorr
  • 2 Sayur batang Saderi
  • 1-5 sudu besar Minyak masak
  • ½ biji Bawang besar
  • 3 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar Lada hitam biji
  • ½ biji Buah pala
  • 2 sudu besar Rempah sup
  • 3 sudu kecil Campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Rebus tulang dengan 1 ½ liter air sehingga daging empuk. Atau boleh dimasak tulang dengan periuk tekanan selama 30 minit.

  2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan bahan B. Kacau dan tumis sehingga terbit minyak.

  3. Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang.

  4. Masukkan kiub pati daging Knorr, gula dan serbuk limau nipis Knorr.

  5. Setelah mendidih, masukkan batang saderi. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Tips nutrisi

Tambahkan sayur-sayuran seperti lobak merah, saderi, cendawan untuk mendapatkan nutrisi yang berlainan. Sup ini juga boleh dihidangkan dengan mee dan sayur-sayuran kegemaran anda.