Tom Yam Lamb Chop Bakar
- 1 kg Daging kambing potongan kepingan (lamb chop)
- 2 Knorr Kiub Pati Tom Yam
- 30 g Daun ketumbar, dicincang
- 3-4 helai Daun limau purut, dihiris nipis
- 2 Cili padi, dicincang
- 2 labu Bawang putih, dicincang
- 1 sudu besar Sos ikan
- 2 sudu besar Jus limau nipis
- 2 sudu besar Gula perang
- 1 sudu teh Kicap pekat
- 1 cawan salad couscous, masak mengikut arahan pada paket
- ½ Lada benggala merah, didadu
- ½ Lada benggala keuning, didadu
- 2-3 Bawang merah, dihiris nipis
- 2 sudu besar Minyak zaitun
- Serbuk lada hitam secukup rasa
Langkah-langkah
-
Perap daging kambing dengan semua bahan-bahan selama 2 jam atau semalaman.
-
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160˚C selama 20 minit atau sehingga daging masak sepenuhnya. Hidangkan Bersama salad couscous, sayur-sayuran bakar atau ubi kentang putar.
-
Untuk salad couscous, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Tips nutrisi
Lada benggala yang berlainan warna mengandungi antioksidan yang berbeza. Antioxidan penting untuk kesihatan badan seperti mengurangkan inflamasi.