Tortilla Ramen Ayam Berkeju
- 2 keping Roti tortilla
- 2 keping Mi segera
- ½ sudu besar Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
- 2 biji Telur rebus
- 2 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar Lady's Choice Mayonis Sebenar
- 2 sudu besar Jagung manis
- 4 helai Kepingan rumpai laut, dipotong jalur
- 1 sudu besar Biji bijan
- 2 sudu besar Pes gojuchang
- 4 keping Keju cheddar, dipotong kepingan kecil
- 4 helai Daun salad
Langkah-langkah
-
Masak mi segera dengan Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu, tos dan ketepikan.
-
Hancurkan telur rebus bersama Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan ketepikan.
-
Ambil sekeping roti tortilla dan potong celah di tengah.
-
Sapukan 1 sudu besar pes gojuchang pada separuh bahagian roti tortilla. Kemudiannya, letakkan mi di atas salah satu suku bahagian, dan taburkan kepingan rumpai laut dan ½ sudu besar biji bijan di atas satu suku bahagian lain yang bersebelahan.
-
Untuk satu suku bahagian roti tortilla yang seterusnya, letakkan separuh daripada campuran mayonis telur dan taburkan 1 sudu besar jagung manis di atas ia. Kemudiannya, letakkan keju cheddar di atas satu suku bahagian yang terakhir.
-
Akhirnya, lipat tortilla menjadi separuh dan kemudian lipat lagi untuk membentuk satu segitiga.
-
Ulangi langkah 4-6 untuk bahan-bahan yang berlebihan.
-
Panaskan kuali dan panggang kedua-dua belah roti tortilla pada api sederhana sehingga keju menjadi cair. Hidangkan serta merta.