Bihun Sup Ayam Utara - Nak Makan Apa?

Bihun Sup Ayam Utara

Simpan ke kegemaran anda

20min
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Februari 17, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image

Bahan-bahan

  • 200 g Bihun
  • 1½ tbsp Serbuk kunyit
  • Air untuk merendam bihun

Bahan-bahan kisar:

  • 100 g Bawang merah
  • 10 g Bawang putih
  • 15 g Halia
  • 2 tbsp Minyak masak

Untuk sup ayam:

  • 800 g Ayam, dipotong ketulan kecil
  • 1 batang Serai, diketuk sedikit
  • 3 tangkai Daun sup, guna bahagian batang dan simpan daun untuk hiasan
  • 1 Sup bunjut
  • ½ sudu besar Serbuk lada sulah
  • ½ sudu besar Serbuk lada hitam kasar
  • 1.5 L Air

Untuk hiasan:

  • Bawang goreng, cili padi, lobak masin (dicincang)

Langkah-langkah

1

Rendam bihun dengan serbuk kunyit selama 10-15 minit. Rebus dengan air rendaman sehingga menjadi lembut. Alih dari api dan toskan airnya. Ketepikan.

2

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan batang daun sup, tumis seminit. Kemudian, masukkan ketulan ayam dan kacau sebati.

3

Masukkan air dan sup bunjut, masak sehingga mendidih. Tambahkan Knorr Kiub Pati Ayam, serbuk lada sulah dan lada hitam. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya.

4

Untuk hidangan, letak bihun dalam mangkuk, susun ketulan ayam di tepi dan cedokkan sup ayam ke dalam mangkuk. Hias dan hidangkan panas.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.