

Resipi Gegulung Pizza Keju dan Ayam

- 2 x 8 "kepingan pastri puff
- 8 keping hirisan ayam
- ½ cawan ceri tomato merah dan kuning, dipotong dadu
- 2 sudu besar puri tomato
- 4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
- 1 sudu teh campuran herba (mixed herbs)
- ½ cawan keju cheddar (diparut)
- ½ cawan keju mozzarella (diparut)
- Daun ketumbar, dicincang untuk hiasan
- 1 biji telur + 1 sudu besar air, dipukul sebati

Langkah-langkah
-
Taburkan sedikit tepung di permukaan kerja, letakkan pastri di atas. Menggunakan pin bergolek, leperkan sedikit pastri puff.
-
Sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan puri tomato ke atas permukaan pastri dengan penuh, taburkan herba campuran dan keju. Kemudian, susunkan hirisan ayam dan akhir sekali taburkan ceri tomato.
-
Gulung kan pastri seperti roll Swiss. Balut dengan plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
-
Keluarkan dari peti sejuk dan potong dengan pisau tajam kepada gegulung ½ inci lebar. Susunkan di atas loyang, sapukan sedikit kuning telur.
-
Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 15-18 minit atau sehingga keemasan. Ketepikan selama 5 minit.
-
Taburkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan hias dengan daun ketumbar sebelum dihidang.