Wooden Spoon
Purple Onion

Gulai Udang Nasi Dagang

  • 45 minit
  • 6 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • ½ kg udang
  • ½ kg santan segar
  • 1 sudu kecil halba campur
  • ½ sudu besar rempah kari ikan
  • 1-2 keping asam keping
  • ½ keping gula Melaka - 40 gram
  • 1 kiub Knorr Kiub Pati Ayam
  • ½ sudu besar garam
  • 400 ml air
  • ½ cawan minyak masak
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili kisar
  • ½ inci halia
  • ½ inci lengkuas
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur seketika sebelum dimasukkan bahan kisar.

  2. Tumis sehingga terbit minyak dan masukkan rempah kari. Kacau lagi hingga terbit minyak.

  3. Tuangkan air secukupnya kemudian masukkan santan. Kacau rata sehingga kuah mendidih supaya santan tidak berketuk.

  4. Masukkan asam keping, gula Melaka dan kiub pati ayam Knorr.

  5. Masak kuah hingga menjadi sedikit pekat dan terbit minyak. Jika belum terbit minyak, masukkan air sedikit demi sedikit.

  6. Masukkan udang dan kacau sehingga kuah terbit minyak.

  7. Sesuaikan rasa masin dan manisnya. Masak udang sehingga masak sahaja kerana kulit udang akan jadi kecut.

Tips nutrisi

Udang mengandungi protein – nutrisi yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan Sebagai pilihan yang lebih sihat, gantikan santan dengan yogurt asli. Yogurt mengandungi kalsium. Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.